- Cuti Sekolah Ini Penuhi Masa Cuti Anak-Anak Dengan Pengisian Rohani
Tak tahu nak isi cuti sekolah anak-anak dengan aktiviti apa?
Nak cari aktiviti untuk mengalihkan perhatian anak daripada gajet?
Nak pengisian yang seimbang rohani, jasmani, emosi dan minda?
Nak dekatkan anak-anak dengan ibadah?
Nak pengisian yang berbeza untuk anak yang kecil dan remaja?
Kami sediakan satu program yang menyeronokkan dan penuh ilmu kepada anda!
Kem Khalifah Unggul 2025
Apa pengisiannya?
Ada macam-macam aktiviti untuk anak-anak anda!
Kami sediakan pengisian yang berbeza mengikut kategori.
Untuk peserta Khalifah Cilik (Umur 8 hingga 12 tahun pada tahun 2025)
- Tahsin solat (bacaan dan perbuatan dalam solat)
- Fiqh Thaharah (jenis air untuk bersuci, kategori najis dan praktikal cara menyucikannya)
- Praktikal Solat Sempurna
- Explorace Super Muslim (menguji pengetahuan asas fardhu 'ain)
- Asas Kemahiran Memanah
Manakala bagi peserta Khalifah Muda pula (Umur 13 hingga 17 pada tahun 2025) :
- Ibrah Kisah-Kisah Dalam Surah Al-Kahfi (supaya anak-anak faham kenapa Rasulullah saw menggalakkan kita membacanya untuk menjauhkan diri daripada fitnah akhir zaman)
- Thaharah (Fiqh tentang air & darah, mandi hadas)
- Klinik Al-Fatihah (memperbaiki bacaan Surah Al-Fatihah dan menghayati maknanya)
- Aktiviti memanah dan ibrahim memanah dari aspek tauhid
- Diskusi Remaja : Goadaan Gajet & Alam Percintaan
Semua pengisian disediakan untuk memperlengkap persediaan anak-anak menjadi khalifah yang musleh suatu hari nanti.
Siapa yang akan kendalikan program ini?
Aktiviti asas memanah dan asas bela diri akan dikendalikan oleh penyampai yang bertauliah.
Para fasilitator kami juga terdiri daripada mahasiswa IPT yang telah menjalani latihan untuk menyampaikan ilmu dengan menarik dan penuh adab.
Bagaimana dengan masa program?
Program ni diadakan tiga hari berturut-turut di setiap lokasi. Program akan bermula pada jam 8.00 pagi setiap hari dan berakhir selepas solat Asar berjemaah.
Jadi, untuk ibubapa yang bekerja, boleh hantar sebelum ke pejabat dan ambil anak-anak selepas habis tugas!
Berapa yuran program ini?
Yuran program ini ialah RM100 bagi seorang yang mendaftar secara solo.
Bagi yang mendaftar dua atau lebih peserta, yurannya ialah RM95/orang.
Jadi, ajak ramai-ramai. jiran, anak saudara, famili, kawan-kawan di ofis. Semualah!
Yuran dah merangkumi :
1. Buku Aktiviti
2. Fail & Alatulis
3. Tag nama
4. Latihan, kos perjalanan urusetia dan fasilitator
5. Elaun urusetia & fasilitator program
6. Alatan aktiviti
7. Saguhati penyampai modul
8. Makan minum (Sarapan & makan tengahari untuk dua hari)
9. Sijil penyertaan
Daftar cepat kerana tempat terhad bagi setiap lokasi mengikut kapasiti masjid dan tenaga yang mampu kami sediakan.
Lokasi & Tarikh Kem Khalifah Unggul
(Lokasi khusus akan dimaklumkan sebaik saja dapat dimuktamadkan)
Sungai Petani : 22 dan 23 Januari 2025
Kulim : 26 & 27 Januari 2025
Alor Setar : 2 & 3 Februari 2025
Jitra : 4 & 5 Februari 2025
0 Comments