Video semasa saya bersama pasukan mewakili team Jabatan Laut di Festival Sukan Air Kuala Perlis
Sebuah pasukan menjadi kuat kerana peranan yang dimainkan oleh SETIAP individu.
Ya! SETIAP individu!
Tiada siapa yang lebih penting daripada individu lain.
Mereka saling memerlukan.
Tiada yang menjadi PENUMPANG dalam pasukan.
Setiap orang memainkan peranan dengan semangat yang sama.
Dalam perahu naga, ada 20 orang pendayung.
Seorang pemukul gendang,
Dan seorang lagi tekong di belakang,
Menjadikan kami 22 orang di atas sebuah perahu.
Kami ada satu misi - memandu perahu kami selaju mungkin, dengan sepenuh kekuatan.
![]() |
XPaddler Club |
Untuk mencapai misi ini,
SEMUA pendayung mesti mengayuh dengan kekuatan penuh sepanjang lane pertandingan.
Kekuatan kayuhan 20 orang pasti takkan sama jika hanya 12 orang sahaja yang mengayuh sementara 8 pendayung lain menjadi penumpang.
20 pendayung mendayung dengan kayuhan kekuatan penuh juga takkan sama dengan kayuhan 20 orang pendayung sementara ada sebahagian hanya 'kayuh celup'.
Kayuh celup ialah satu istilah yang kami gunakan untuk pendayung yang tidak mendayung menggunakan teknik dayungan yang betul.
Jika di pejabat, 'kayuh celup' sama seperti orang yang 'nampak' sibuk ke sana ke sini, jalannya pun sepantas kelajuan cahaya, sedangkan tiada apa yang mereka lakukan. Tiada kesan atau sumbangan kepada kerja dan misi pasukan. Golongan ini sangat bergantung kepada hasil kerja orang lain.
Untuk memastikan tujahan yang mampu dilakukan oleh pasukan adalah tujahan paling laju yang mampu dilakukan, coach kami akan menentukan susunan pendayung.
Untuk menyusun, coach akan mengenalpasti kekuatan setiap daripada kami.
KEKUATAN! Bukan sekadar kebolehan atau kemahiran.
Contohnya, ada pendayung kidal yang boleh mendayung di sebelah kanan, namun itu bukan kekuatannya.
Membiarkan dia mendayung di sebelah kanan hanya kerana dia boleh, akan membuatkan kekuatan pasukan gagal diatur untuk tujahan paling kuat!
Coach juga yang akan menentukan strategi dayungan pasukan.
Strategi ini diatur atas kebijaksanaan coach 'membaca' ahli pasukannya.
Bukan sekadar kemahiran diambilkira untuk memilih kekuatan, tetapi juga faktor lain seperti berat badan dan stamina setiap pendayung.
Ketika pertandingan pula, Kapten akan memimpin pasukannya di atas perahu berdasarkan strategi yang telah diatur oleh coach.
Dia akan memberi arahan kepada 'pacing' atau rentak kayuhan samada kayuhan pendek dan laju untuk meningkatkan kelajuan perahu; atau pacing panjang dan perlahan untuk mengekalkan kelajuan dan memberi ruang pendayung mengumpul kekuatan untuk kelajuan penuh pada final lap.
Bukan senang menjadi sebahagian daripada 'pengurusan'. Mereka yang merekabentuk, melindungi dan memelihara sistem. Sistem untuk memastikan setiap ahli pasukan jelas tentang pernanan serta tanggungjawab mereka kepada pasukan. Mereka juga yang mengenalpasti 'penumpang' dan bertindak terhadap mereka.
Letaklah orang sehebat apa pun dalam sistem yang teruk, dia takkan mampu perform!
Kapten dibantu oleh sepasang 'lead stroke' atau kami panggil 'luan' yang diletakkan di tempat paling depan dalam perahu. Mereka yang akan menentukan rentak kayuhan. Ya! Mereka pengawal tempo kayuhan. Kedua-duanya bekerjasama untuk pastikan memastikan pendayung di kiri dan kanan kayuh dengan serentak, dengan arahan daripada Kapten.
Begitulah, dalam pasukan kita perlukan orang berkemahiran tinggi dan berpengalaman luas untuk mengatur strategi organisasi. Dia mestilah seorang yang mampu melihat daripada segala segi.
Kapten pula ibarat pihak pengurusan dan akan delegasikan segala peranan agar dilaksanakan pada tahap optimum perlaksanaannya.
Luan pula ibarat ketua-ketua dalam pentadbiran yang merealisasikan strategi dan hala tuju yang diatur pengurusan dan mengawal dinamika seluruh pasukan pentadbiran.
Drummer atau Caller berada di paling hadapan atas perahu, memukul gendang mengikut rentak kayuhan. Beliau adalah pengantara dalam komunikasi antara Kapten dan seluruh pendayung. Dia juga bertugas untuk memberi semangat kepada semua pendayung.
Drummer akan memalu gendang dengan rancak apabila perahu sudah hampir dengan garisan penamat untuk memberi semangat kepada pendayung.
Meter-meter terakhir adalah saat paling memeritkan buat kami para pendayung setelah kayuhan yang panjang sejak dari awal.
Ada masanya, kami dah tak rasa lagi tangan kami lepas berhenti mendayung di garisan penamat.
![]() |
Bersama Team XPaddler di Temasya Sukan Air Melaka |
Dalam organisasi, HR patut menjadi drummer yang sentiasa menaikkan semangat.
Yang merancang sistem ganjaran dan tindakan untuk mempengaruhi semangat dan sikap personel.
Yang juga memerhati dan memperbaiki pendayung atau personel yang kayuh celup atau culas.
Yang mengurus sikap dan semangat supaya pasukan dalam berkerja dalam satu dinamika pasukan yang cemerlang.
HR jugalah yang memastikan nilai kepercayaan antara pihak atasan dan kumpulan sokongan sentiasa tertaut, memahami keperluan setiap ahli pasukan serta sebab mereka berperanan dan mengambil kira idea-idea personel untuk pembangunan organisasi.
Ada satu lagi peranan dalam perahu yang belum saya sebut iaitu Tekong atau steerperson.
Kedudukannya adalah di tempat paling belakang perahu.
Dia mengendalikan dayung untuk menentukan arah perahu.
Nampak mudah kan kerja dia?
Hakikatnya, tanpa tekong yang mahir, sebuah pasukan yang mampu mendayung dengan laju takkan mampu memenangi pertandingan.
Mengendalikan arah perahu bukan mudah.
Dia sebenarnya sedang mengendalikan faktor angin dan arus yang boleh mengganggu arah tuju perahu kami.
Angin dan arus boleh menjadi faktor yang membantu, dan boleh menjadi faktor yang mengganggu.
Kerana itu dalam organisasi, akan ada satu pasukan yang bertugas untuk mengendalikan hal-hal luar - biasanya komunikasi korporat. Mereka yang akan membantu untuk menguruskan sumber-sumber luar yang boleh menjadi kekuatan organisasi dan menangani isu daripada luar yang boleh mengganggu operasi dan semangat dalam organisasi.
.
.
Dengan pengalaman saya selama hampir 8 tahun bersama pasukan perahu naga dan perahu panjang, kini Allah berikan ruang dan peluang untuk membantu organisasi melalui program-program teambuilding bersama isteri saya Dyna Ahmad Al-Idrisiy.
Memahami konsep bagaimana sebuah pasukan mampu bergerak secara dinamik melalui kefahaman saya dalam sukan perahu naga telah membantu saya untuk membantu organisasi.
Di Rexcel, kami tidak kendalikan program teambuilding untuk sekadar berseronok!
Kami kendalikan program untuk membantu mewujudkan dinamik dalam setiap pasukan agar berfungsi dengan kekuatan penuh, insyaAllah.
Agak istimewa buat kami apabila organisasi-organisasi yang punya isu berimpak tingi kepada pasukan mereka pernah menggunakan khidmat kami.
Kami tukarkannya menjadi suatu peluang untuk menjadikan mereka pasukan yang berprestasi tinggi!
.
Terima kasih kepada team XPaddler Club
Terima kasih kepada team perahu KUIN / UniSHAMS
Terima kasih kepada Coach kami Abang Adam, Abang Jun, Abang Din
Terima kasih kepada Coach Abang Jasman
Terima kasih kepada semua kapten dan sahabat-sahabat pendayung
Yang merindui sukan perahu,
Coach Zulkifli Ishroqi
Team Performance Coach
0 Comments