Kem Anakku Hebat, Soleh Solehah 2.0 Dalam Kenangan
















Setinggi kesyukuran kami rafa'kan kepada Allah SWT kerana mengizinkan Kem Anakku Hebat, Soleh Solehah 2.0 kali dapat dijayakan sekali lagi.

Ada waris yang kata "Terima kasih kerana anjurkan kem ni. Semua pengisian adalah apa yang saya nak anak saya pelajari."

MasyaAllah. Sesungguhnya tuan puan, kami sendiri sebagai ibu bapa inginkan anak-anak kami juga tahu apa yang kami sampaikan dalam modul yang kami rancangkan ini.

Kami ingin anak-anak solat lima waktu.

Kami ingin anak yang mahir berzikir sebagai bekalan saat kami sendiri tidak mampu mencapai tangan mereka.

Kami inginkan anak-anak yang biasa dengan majlis zikir sekurang-kurangnya tahlil.

Kami ingin anak kami juga menjadi khalifah tahlil apabila ada ahli keluarga meninggal dunia.

Kami ingin anak kami suatu masa nanti akan mengingatkan kami tentang solat saat kami sakit.

Kami ingin anak kami boleh membantu kami berwudhuk andai kami terlantar.

Kami ingin anak kami tahu apa yang perlu dia lakukan saat dia berhadapan dengan ibubapanya yang sedang sakarat.

Kami ingin mendengar suara anak kami membantu syahadah kami di saat terakhir hidup kami.

Maka, kerana itulah pengisian kem ini kami hasilkan.

Dalam masa yang sama, kami ingin anak-anak  cergas jasadnya, cerdas mindanya dan sejahtera emosinya.

InsyaAllah, pada cuti sekolah akan datang, kami akan kembali dengan kem dengan pengisian yang lebih baik.

Terima kasih buat semua waris.



 

Post a Comment

0 Comments