PROGRAM CUTI SEKOLAH OGOS 2023 DI ALOR SETAR DAN SUNGAI PETANI



Assalamualaikum wrt wbt

Kem Anakku Hebat, Soleh Solehah Kembali Lagi!


Tak tahu nak isi cuti sekolah anak-anak dengan aktiviti apa?
Nak cari aktiviti untuk mengalihkan perhatian anak daripada gajet?
Nak pengisian yang seimbang rohani, jasmani, emosi dan minda?
Nak dekatkan anak-anak dengan Rumah Allah?
.
Kami sediakan satu program yang menyeronokkan dan penuh ilmu kepada anda!
Kem Anakku
Hebat
, Soleh Solehah 2.0

Kami adakan di MASJID untuk membimbing seramai mungkin anak-anak dengan

Kenapa di masjid?
Inilah cara kami mempromosi masjid kepada remaja dan memperkenalkan adab yang baik di Rumah Allah kepada anak-anak ini.

Apa pengisiannya?
Ada macam-macam aktiviti untuk anak-anak anda! Kami ingin sampaikan kepada anak-anak tentang :
  • Adab di masjid
  • Solat Dhuha
  • Bacaan Hizb Bahr
  • Bacaan Tahlil
  • Asas Memanah Tradisional
  • Tempur Pemanah (Combat Archey)
  • Adab Menziarahi Orang Sakit dan Nazak
  • Perang Badar & Ibrahnya
  • Perang Uhud & Ibrahnya
Bukan sesi ceramah! BUKAN!
Semuanya dengan praktikal supaya anak-anak lebih mahir ibadah, asas memanah dan asas strategi tempur.

Siapa yang akan kendalikan program ini?
Aktiviti asas memanah dan tempur akan dikendalikan oleh penyampai yang bertauliah.

Para fasilitator kami juga terdiri daripada mahasiswa IPT yang telah menjalani latihan untuk menyampaikan ilmu dengan menarik dan penuh adab.

Bagaimana dengan masa program?
Program ni diadakan dua hari berturut-turut di setiap lokasi.
Program akan bermula pada jam 8.00 pagi setiap hari dan berakhir 5.30 petang.
Jadi, untuk ibubapa yang bekerja, boleh hantar sebelum ke pejabat dan ambil anak-anak selepas habis tugas!

Berapa yuran program ini?
Yuran program ini ialah RM118 bagi seorang.
Sekiranya tuan-puan daftar dua orang ke atas, tuan-puan hanya perlu bayar RM100 bagi setiap peserta.

Jadi, ajak ramai-ramai. jiran, anak saudara, famili, kawan-kawan di ofis. Semualah!

Yuran dah merangkumi :
1. Buku Aktiviti
2. Fail/beg & Alatulis
3. Tag nama
4. Latihan, kos perjalanan da n elaun fasilitator
5. Elaun urusetia program
6. Alatan aktiviti
7. Saguhati penyampai modul
8. Saguhati untuk masjid
9. Makan minum (Sarapan, makan tengahari & minum petang untuk tiga hari)
10. Sijil penyertaan

Daftar cepat kerana tempat terhad bagi setiap lokasi mengikut kapasiti masjid dan tenaga yang mampu kami sediakan.

Lokasi Kem Anakku
Hebat
, Soleh Solehah
1. lor Setar : 27 dan 28 Ogos 2023
2. Sungai Petani : 29 dan 30 Ogos 2023

Bantu kami untuk hebahkan tentang program ini kepada lebih ramai ibubapa.
Kongsikan tentang program ini kepada keluarga, rakan sekerja, jiran dan rakan-rakan anda.

Semoga ganjarannya turun mengalir buat anda.

Daftar sebelum tempat penuh!

Post a Comment

0 Comments