Rexcel Akan Terlibat Dalam Football De Campo Hijau Kuning FC

 Rexcel Team sangat berbesar hati kerana dipilih untuk bersama Hijau Kuning FC bagi terlibat dalam Program Football De Campo HKFC Februari ini!

Rexcel akan terlibat dalam aspek motivasi pembangunan kendiri dan kerohanian para pemain ini.
HKFC adalah sebuah akademi bola sepak yang mempunyai misi untk mengasuh dan mendidik pemain bola sepak kanak-kanak dan remaja untuk menjadi pemain profesional suatu masa nanti. HKFC juga adalah feeder team kepada pemain KDA FC.
Untuk tujuan ini juga, HKFC telah membentuk kerjasama dengan Tim Khas Pembangunan Bola Sepak La Liga daripada Sepanyol.
Apa yang mengujakan kami adalah semangat Presidennya, Tuan Muhammad Talhah bin Zainol untuk bukan saja menekankan kemahiran dan kompetensi anak-anak ini dalam permainan bola sepak, tetapi juga beliau melihat faktor kerohanian sebagai satu kekuatan untuk membentuk seorang pemain bola sepak profesional.

Rexcel akan membantu daripada aspek ini.
Kekuatan rohani adalah tunjang kekuatan seorang insan.
⚽️Apabila rohani kuat, dia bukan saja dapat mendepani kemenangan, bahkan berjiwa besar membina kekuatan daripada kekalahan.
⚽️Apabila rohani kuat, dia yang mengawal emosinya, bukan dikawal emosinya.
⚽️Apabila rohani kuat, pergantungannya hanya kepada Tuhan, Yang Maha Kuat dan mencipta serta mengurniakan kekuatan kepada siapa saja yang Dia mahukan.
⚽️Apabila rohaninya kuat, akhlaknya baik, adabnya memukau kawan dan lawan.
We Are Proud to serve Kedah Footbal!
Program ini akan diterajui oleh Coach Zulkifli Ishroqi, Dyna Ahmad Al-Idrisiy dan Amni Khassim, insyaAllah.

Post a Comment

0 Comments