Ada apa dengan Teambuilding?



 Tujuan utama sebuah pasukan dibentuk ialah untuk mencapai satu misi secara bersama.

Maka, kemampuan, kemahiran dan kepakaran yang membawa kita bersama dalam satu pasukan.
Namun, bila kita bekerja bersama manusia, faktor hubungan adalah suatu yang PENTING!

Hubungan yang baik dalam pasukan yang mempertingkat kemahuan untuk kerja berpasukan.
Hubungan yang baik akan melahirkan suasana kerja yang menyeronokkan.

TAPI!

Banyak juga terjadi senario di mana hubungan terlalu diutamakan sehingga akhirnya prestasi dipinggirkan.

Katanya "Janji kita tak stress!"

Habis di mana tujuan asal kita bekerja dan membina pasukan?
Kedua-duanya (Prestasi & Hubungan) WAJIB diseimbangkan.
.
Dalam program #teambuilding, inilah yang kami bantu ADJUST!
Melalui aktiviti yang dijalankan, kami bantu pasukan anda 'align'.
Yang suka 'memain' sangat kita rangsang kemampuan dan kecekapannya.
Yang suka 'serius' sangat kita beri skill ilmu pengasih kepada mereka.
.
Apa yang dah betul kita pertingkatkan.

Apa yang 'tak berapa kena' kita improve.

Apa yang salah disisi agama kita tegur.

Bukan sekadar main macam-macam game dalam program,
Seronok-seronok.
Gelak-gelak.
Kemudian habis begitu saja.

Aktiviti yang dijalankan adalah untuk menyampaikan pembelajaran.
Untuk kami melakukan observasi terhadap cara ahli pasukan berfikir, bertindak balas dan memberi respon.

"How we do something is how we do everything."

Misi kami dalam setiap program teambuilding adalah supaya :
1- Prestasi organisasi anda mampu dipertingkat
2- Pasukan akan bekerja dalam suasana yang harmoni
3- Berlaku sistem sokongan psikologi di tempat kerja
4- Anda berusaha untuk mempertingkat ikhlas kepada Allah dalam kerja!


Maka, ini BAHAN UTAMA dalam resepi program teambuilding kami :
1- TRUST
2- CHEMISTRY
3- COMPETENCY

Post a Comment

0 Comments