Kami mahir mengendalikan program di mana-mana lokasi pilihan pelanggan!

 Alhamdulillah.

Semalam Coach Zul dan Dyna telah mengendalikan Kem Kepimpinan Pemimpin Muda SK Suka Menanti.
Menari
knya, kem ini diadakan di sebuah dewan terbuka, di tepi Sungai Pumpong, bersebelahan Masjid Lutfi, Kg Suka Menanti.
Dengan suasana 'outdoor', di tepi mini tar tempat orang kampung lalu lalang, di hujung minggu, cabarannya berbeza dengan mengadakan program di dewan sebuah hotel mewah dan selesa.
Namun, situasi begini adalah satu ruang pembelajaran untuk anak-anak ini.
Untuk mereka belajar bahawa selesa bukan alasan untuk mereka mampu belajar atau tidak.
Kemahuan yang lebih utama!
Pengalaman dan kemahiran untuk mengendalikan program dalam pelbagai setting yang berbeza adalah satu kelebihan Team Rexcel.
Kami sediakan modul pembelajaran mengikut tempoh masa, tempat, objektif dan tahap peserta yang menghadiri program kami.
Buat kat kem ka,
Kat tepi pantai ka,
Kat dewan terbuka ka,
Kat tepi sungai ka,
Kat bukit ka,
Kat hotel ka,
Bagi kami semua ada kelebihannya.
Oh ya! Cabaran dewan terbuka yg paling utama ialah cahaya yang terang pada waktu siang.
Faktor ini akan sangat mempengaruhi penggunaan LCD kecuali ada kain atau penghadang cahaya di letak pada skrin.
Sebab itu, Coach Dyna putuskan untuk kendalikan program semalam tanpa LCD,
Hanya menggunakan whiteboard!
Slide presentation hanya alat BANTU pembelajaran.
Alat akan membantu bila ada,
Dan tak membantutkan jika tiada.
Yang penting OBJEKTIF yang nak dicapai.
Sama macam seronok.
Seronok tu alat.
Yang utama adalah matlamat program.
Kami tak jadikan seronok sebagai matlamat,
Sedangkan tiada pembelajarab baru yang peserta dapat.
Upah kami dibayar untuk mencapai objektif program.
Kami bukan penghibur yang dibayar untuk buat orang lain rasa seronok!
Untuk berunding tentang design program dengan kami, sila klik http://contact.rexcel.biz.my
Untuk tempahan program, sila semak kalendar kami di www.rexcel.biz.my

Post a Comment

0 Comments